Untuk masak 1 kilogram daging … anda hanya memerlukan hanya
25gm rempah. Jika anda bercadang untuk membuat 1.29 kilogram atau 1,290 gram rempah
…… anda dapat membuat lebihkurang 50 bungkus rempah untuk kegunaan sendiri, untuk
hadiah atau dijual. Bagaimana caranya? Untuk masak lauk berasaskan daging …
rempah yang diperlukan ialah:-
FORMULA REMPAH
MASAKAN DAGING
1.
Ketumbar - 600 gram
2.
Jintan Manis - 200 gram
3.
Jintan Putih - 150 gram
4.
Lada Kering - 150 gram
5.
Kunyit Kering - 50 gram
6.
Lada Hitam - 50 gram
7.
Buah Pelaga - 30 gram
8.
Kulit Kayu Manis - 30 gram
9.
Bunga Cengkih - 20 gram
10.
Bunga Lawang - 10 gram
CARA-CARANYA:-
1. Kesemua rempah itu, anda perlu timbang terlebih
dahulu dengan jumlah yang disyorkan. Basuh rempah itu dengan bersih dan tapis
dengan kain kasa agar tidak berkurang akibat berjatuhan.
2. Setelah dibersihkan. Jemur sehingga kering. Biar
betul-betul kering kerana kelembapan akan menyebabkan rempah akan berkulat.
3. Selepas dikeringkan barulah dihancurkan dengan
menggunakan mesin. Keringkan lagi jika masih nampak lembab.
4. Timbang dan bungkus 25 gram setiap satu. Simpan
untuk kegunaan harian. Anda boleh membuat pendapatan tambahan dengan menjual
rempah daging Homemade anda. Perkenalkan kepada saudara-mara, kaum keluarga dan jiran
tetangga.
5. Jika anda bercadang untuk menggunakan formula
ini, boleh aja … cuma berilah hadiah sekurang-kurangnya RM10 kepada masjid atau
surau di tempat anda, cukup anda yang tahu anda telah menyumbang dan tidak
perlulah untuk beritahu pada Kak Mas, kalau sudi berilah kepada Kak Mas sepeket 25gram tu. Lepas itu gunalah formula ini. Moga
Berjaya.
No comments:
Post a Comment