Tuesday, April 17, 2012

SOTONG MASAK KICAP

Bahan-bahannya:-

4 ekor sotong saiz sederhana dipotong kecil
2 biji tomato dibelah 4
1 tangkai daun bawang
1 tangkai daun saderi
3 sudu kicap pekat
3 sudu sos tomato
2 biji lada merah yang dipotong memanjang
1 biji bawang besar – dihiris membulat
2 biji bawang merah – dihiris kecil
2 siong bawang putih - dihiris
1 inci halia – dihiris
2 cawan air


Cara-cara Membuatnya:-

1.       Panaskan minyak, bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia ditumis sehingga naik bau.
2.       Masukkan kentang, kicap pekat, sos tomato serta 2 cawan air.
3.       Panaskan mendidih sehingga kentang empuk.
4.       Selepas itu masukkan sotong hingga mendidih.
5.       Kemudian masukkan tomato, daun bawang, daun saderi dan lada merah.
6.       Biarkan mendidih, gaul dan padamkan api, sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0