1 ekor ayam - dipotong anak ramai
5 siong bawang putih
15 ulas bawang merah
4 batang serai
1 inci kunyit segar
1 inci lengkuas
1/2 inci halia
200 gram lada kering - direndam air panas dan ditoskan
100 gram ketumbar
1 kilo santan segar
100 gram kerisik
1 batang kayu manis
1 biji bunga lawang
2 helai daun kunyit - dimayang
3 helai daun limau purut
1/2 cawan minyak masak
1/4 kerek gula melaka
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Cara-cara Membuatnya:-
1. Lumatkan bawang putih, bawang merah, serai, kunyit segar, lengkuas, halia, lada kering dan ketumbar.
2. Panaskan minyak tumiskan kayu manis, bunga lawang, daun limau purut hingga naik bau.
3. Masukkan bahan yang dilumatkan dan gaulkan.
4. Masukkan ayam, kerisik dan daun kunyit, apabila ayam telah separuh masak, masukkan santan, gula melaka, garam dan gula secukup rasa.
5. Masak sehingga sering dan naik minyak.
No comments:
Post a Comment