Saturday, September 13, 2014

Puding Karamel

Bahan-bahan:- 

10 biji telur - dipukul
 1 tin susu cair
 1 tin susu pekat
 3/4 cawan gula
 1 tin air
 1 sudu kecil esen vanilla
 1 cawan Gula - digoreng sehingga perang dengan api yg perlahan kemudian dicampurkan dengan 1 cawan air



Cara-cara Membuatnya:- 

1. Telur yang dipukul tadi dicampurkan dengan susu cair, susu pekat, gula, air dan esen vanilla sehingga larut.

2. Selepas itu masukkan ke dalam gula perang dan dikukus lebih kurang ½ jam.

3. Bila masak sejukkan dan masukkan ke dalam peti ais dan dihidang. Hiasan: - Buah-buahan cocktail diletakkan di atas puding bagi menambahkan lagi keenakannya.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0