Sempena menyambut bulan Muharam, baru-baru ini Pejabat Kak Mas telah menganjurkan Program Asyura Perdana di Kuala Terengganu.. Sempena program ini, seramai 300 kumpulan menyertai pertandingan ini. Dan tidak ketinggalan Unit Kak Mas juga menyertai sama membuat Bubur Asyura ini. Program ini bermula jam 7.00 pagi hingga 2.30 petang. Bubur Asyura kumpulan Kak Mas tersangat laris semasa lembik lagi...masing-masing nak rasa dulu...itulah adat membuat bubur asyura ini..
Bahan:-
Untuk
se kawah sura
5
kilo beras
10
timba air
4
1/2 kilo santan
7
kilo ikan selayang (dikukus dan diambil isinya)
3
kilo daging i
3
ekor ayam – (sederhana)
5
kilo ubi keledek – dipotong
5
kilo jagung manis
3
kilo kacang merah – direbus sampai empuk
7
kilo bawang kecil
½
kilo halia dikisar
¼
kilo lengkuas
10
ulas bawang putih
Rempah
Sura (hamimah) – (Rempah Lembik – (RM25) dan serbuk – (RM20) dicampur)
1
peket Rempah Masak Cap Bunga Ros
15
biji kelapa (dijadikan kerisik)
25
keping manisan (sederhana)
1 1/2 kilo gula
Garam
– secukup rasa
2
kilo bawang kecil dimayang
½
kilo halia
½
cawan Alba
1
cawan lada hitam – dikisar halus
1
kilo santan dicampur dengan bahan yang dimayang bersama Alba, lada hitam dan
Ikan
separuh daripada 7 kilo tadi
Caranya:-
1.
Beras
dibersihkan dan ditoskan. Selepas panaskan air masukkan beras biar sampai
empuk.
2. Bila beras sudah
bertukar menjadi nasi selepas itu dimasukkan rempah dan bahan kisar beserta
dengan kerisik.
3. Selepas itu masukkan
manisan, gula dan garam secukup rasa.
4. Masukkan ubi keledek,
jagung dan kacang.
5. Selepas itu masukkan
ayam, daging dan ikan dan juga santan.
6. Kemudian masukkan
santan yang dicampur dengan bahan mayang, Alba, Lada Hitam dan ikan.
7. Biarkan betul-betul
masak dan kering sedikit – (masak selama 4 jam).
8. Selepas itu baru
dihidangkan.
Bahan:-
7
kilo ikan selayang (dikukus dan diambil isi ikan)
3
kilo santan
1
½ kilo bawang
1
ulas bawang putih dikisar
¼
kilo halia
2
sudu kecl Alba
Garam,
gula secukup rasa
Bahan untuk dimayang
20
biji bawang kecil
1
½ inci halia dimayang
Caranya:-
1.
Masukkan
santan, ikan dan bahan yang dikisar beserta dengan garam dan gula.
2. Biarkan sampai sambal
itu sedikit lembab, selepas itu masukkan bahan yang dimayang.
3. Biarkan ianya kering
dan diangkat.
4.
Boleh
dihidangkan bersama Asyura.
Bahan untuk hiasan
30
biji telur – dibuat dadar dan dihiris mengikut kesukaan.
Agar-agar
kosong – beraneka warna – dihiris
* jika sesiapa yang nak membuat bubur Asyura dan berminat untuk membeli rempah yang Kak Mas gunakan bolehlah menghubungi melalui fb Kak Mas.
No comments:
Post a Comment