Monday, March 9, 2015

Pengat Ubi Keladi

Sudah menjadi rutin, setiap hari minggu saya dan suami ke Pasar Payang untuk membeli sayur-sayuran, ikan dan juga bawang. Di pasar saja boleh meluangkan sedikit masa  untuk bertanya kabar dan menjalinkan silaturrahim di antara adik-adik dan saudara-mara yang menjual di situ.

Bila sudah habis membeli, saya dan suami menyusur lorong kiri kanan orang menjual pelbagai sayur dan  buah-buahan. Jadi suami saya berkenan pulak dengan ubi keladi rebus, terus dibelinya.

Tapi, bila sampai rumah je…ubi tu disimpan dalam peti sejuk. Balik kerja petang tadi, barulah boleh dimasak pengat ubi keladi..bila siap masak terus hidang untuk makan petang. Kita berdua makan pengat sampai menjilat jari....yum..yum..yumm…bestnye…pemanis tekak menghilangkan haus..maklumlah musim panas.

Nak cuba masak sediakan bahan-bahanya.boleh 

1 biji ubi keladi – dipotong dadu
1 biji telur gred C
1 kotak  kecil santan
1 keping manisan (sederhana)
2 sudu besar gula – jika yang sukakan manis tambahlah 1 @ 2 sudu besar
Secubit garam
2 helai daun pandan

Caranya

Santan bersama  2 cawan air ke dalam periuk. Selepas itu masukkan manisan, gula,  garam dan daun pandan. Masakkan hingga larut manisan, gula dan kemudian masukkan ubi keladi hingga empuk. Bila masak, masukkan telur yang telah dipukul..dan terus tutup.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0