Tuesday, April 7, 2015

AGAR-AGAR TELUR


Bahan-bahannya

37.5 gram agar-agar
300 gram ubi kentang yang telah direbus dan dilecek
2 gelas gula pasir
2 gelas air
½ tin susu pekat
150 gram gula pasir
Esen vanilla
Pewarna kuning telur

Cara-cara Membuatnya:-


1.       Masak agar-agar dengan 3 cawan air hingga hancur kemudian masukkan gula pasir, masak sehingga larut.
2.       Tambahkan susu pekat, dan esen vanilla. Biarkan mendidih.
3.       Ubi kentang yang telah dilecek, gaulkan dengan pewarna kuning, kemudian buat bulat-bulat sebesar guli.
4.       Sediakan acuan kuih cara, masukkan sedikit agar-agar dahulu lebihkurang ketebalan 1/3 acuan kemudian masukkan ubi kentang ditengah. Selepas itu, masukkan lagi agar-agar sehingga penuh acuan.
5.       Setelah agar-agar membeku, gunakan pisau untuk meratakan bahagian atas biar hasilnya ternampak seperti telur.  

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0