Tuesday, May 31, 2016

RESEPI PECAL KANGKUNG

BAHAN-BAHANNYA

2 ikat kangkung
10 batang kacang panjang
200 gram taugeh (dicomelkan)
3 keping tauhu kuning
3 keping tempe
2 biji telur direbus

BAHAN UNTUK KUAH

1 inci belacan
10 biji lada kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
250 gm kacang tanah disangar
30 gm gula melaka
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara membuatnya:

1.   Kangkung dipotong-potong dan taugeh dicelur.
2.   Untuk kuahnya pula; panaskan sedikit minyak  kemudian tumis semua bahan-bahan untuk  kuah hingga naik minyak. Rasa dahulu sebelum menambahkan garam atau gula.
3.   Untuk hidangan; di dalam masukkan kangkung, taugeh, tauhu, tempe dan potong telur rebus.
4.   Tambah kuah sebaik ingin memakannya.                     


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...