Bahan-bahannya
37.5 gram agar-agar
300 gram ubi keledek yang telah direbus dan dilecek
150 gram gula pasir
4 cawan santan pekat
2 biji telur
3 cawan air
3 helai daun pandan
Cara-cara
Membuatnya:-
1.
Masak agar-agar dengan 3 cawan air hingga hancur
kemudian masukkan gula pasir dan daun pandan, masak sehingga larut.
2.
Kacau 2 biji telur dengan ubi keledek yang telah
dilecek.
3.
Apabila agar-agar mendidih, tuang campuran ubi
keledek, telur dan santan ke dalam agar-agar sambil mengecok dan mengacaunya.
4.
Kacau sehingga mendidih dan padamkan api,
tuangkan agar ke dalam acuan.
5.
Sejukkan.
No comments:
Post a Comment