Bahan A (Padang Pulut)
600 gm pulut - direndam sekurang-kurangnya 4 jam.
1 kotak kecil santan.
Secubit garam halus dan secubit gula.
Bahan B (Sekaya Telur)
20 biji telur ayam Gred B
1 kerek manisan (Gula Melaka)
3 cawan air
5 helai daun pandan
Sedikit esen vanila
Secubit garam halus.
Cara-cara Membuatnya:-
1. Kukus beras pulut 35 minit. Angkat dan tuang santan, garam dan gula. Gaulkan hingga merata.
2. Tuang dan peratakan pulut di dalam loyang. Kukus ulangan untuk 15 minit lagi. Setelah masak, gunakan gelas plastik untuk mampatkan pulut. (Jangan gunakan gelas kaca.) Letak tepi.
3. Untuk sekaya pula - pukul telur dengan manisan, esen vanila dan garam. Pukul hingga sebati adunan tersebut sekurang-kurangnya 5 minit.
4. Gunakan penapis dan siram aduan telur ke atas pulut di dalam loyang. Kukus semula lebihkurang 45 minit. Sejukkan selepas masak, potong. Siap untuk dimakan.
No comments:
Post a Comment