Monday, June 11, 2018

Daging Black Pepper Steak

Hari ini keluarga Kak Mas nak makan Daging Black Pepper Steak.  Daging Masak Steak Lada Hitam. Kirim duit kat menantu minta belikan daging dari gerai Abg Razak kat simpang Manir.  Keluarga Kak Mas dari dulu lagi memang mendapatkan bekalan daging dari Abg Razak tak perlu special request lagi, cukup dengan beritahu nak masak apa, kerana Abg Razak akan bagi bahagian daging yang sesuai untuk masakan yang disebut.

Bahan-bahannya;


1/2 kg daging batang pinang
5 ulas bawang merah
2 siung bawang putih
1/2 inci halia
1 ulas bawang besar - potong membulat 1/4 inci tebal
1 sudu kecil lada hitam
1 batang lobak potong menyerong 1/2 inci tebal
1/2 cawan Kicap Manis Adabi
1 cawan air
1/2 tin cendawan butang - belah 2
1 biji buah tomato potong 4
1/2 sudu kecil tepung jagung + 2 sudu besar air (untuk memekatkan kuah)
1/2 sudu kecil gula
2 sudu besar minyak masak 

Cara-cara Membuatnya:

1.   Sediakan daging dengan menghiris setebal 1/2 inci. Bersihkan dan tos, ketepikan dahulu.

2.   Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam.

3.   Gunakan periuk yang dalam - masukkan daging, bahan dikisar, lobak merah, kicap manis dan air.

4.   Masak dengan api sederhana sehingga daging empuk, jangan bagi kering tambahkan air jika perlu sehingga daging empuk. Pastikan air tidak terlalu banyak atau menjadi kering.

5.   Dalam kuali yang lain pula, panaskan minyak, goreng bawang besar sehingga layu dan angkat. Ulangi dengan mengoreng buah tomato pula.

6.   Apabila daging dah empuk, masukkan bawang besar, tomato dan minyak gorengan itu diikuti cendawan butang.

7.   Bagi tujuan memekatkan kuah, masukkan tepung jagung yang telah siap dibancuh. Bubuh gula.

8.   Masak atas api kecil selama 5 minit lagi.

9.   Siap untuk dihidang.

Selamat berbuka puasa.



No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0