Tuesday, January 8, 2019

SINGGANG SOTONG


Bahan-Bahannya:

500 gram sotong segar
3 siung bawang putih - dilumatkan
3 ulas bawang merah – dilumatkan
½ inci halia - dilumatkan
1 ulas bawang besar – dihiris membulat
1 batang serai – diketuk
3 biji cili padi
1 sudu kecil halba
½ cawan air asam jawa
3 biji lada merah – di belah 4 rangi tanpa putus
Sedikit belacan
Garam, serbuk perasa
Gula (biasanya kemanisan sotong telah memadai)

Cara-Cara Membuatnya:-


  1. Sotong dibersihkan, dibasuh dengan air garam, dibilas dan ditoskan.
  2. Bawang putih dan bawang merah dilumatkan.
  3. Masukkan sotong, bawang yang telah dilumatkan, bawang besar hiris, serai, cili padi, halba, air asam jawa dan sedikit belacan, tambahkan air setakat sotong terendam sahaja.
  4. Masak sehingga mendidih, uji kecukupan rasa, tambah garam dan gula (jika perlu).
  5. Bubuh lada merah dan biarkan mendidih sekali lagi
  6. Siap untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0