CARA MEMBUAT KARIPAP MINI
BAHAN UNTUK DOH:-
450 gram tepung gandum
4 sudu minyak sapi
200 ml air
2 biji limau kasturi – ambil jusnya
3 sudu kecil garam halus
Minyak untuk menggoreng
CARA-CARA MEMBUATNYA:-
1. Masak
minyak sapi, air dan garam hingga mendidih. Padamkan api dan masukkan jus limau
kasturi.
2. Tuang
air minyak yang panas ke dalam tepung dan uli hingga sebati. Diamkan selama 10
minit.
3. Canai
doh hingga nipis, kemudian terap bulatan menggunakan paip pvc 1 ¼ inci atau
saiz lebihkurang.
4. Isikan
inti dan kelim kemas-kemas.
5. Goreng
karipap dalam minyak yang terendam dan toskan sebaik masak, sejukkan dan simpan
dalam bekas kedap udara.
INTI KARPAP – SERUNDING
Bahan-bahannya:-
1 kilogram daging lembu/kerbau
– direbus dan disiat
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu ketumbar
1 sudu serbuk jintan
3 cawan santan (1 ½ biji
kelapa – diperah dengan 3 cawan air)
1 sudu gula perang
Garam secukupnya
Bahan Yang Perlu Dilumatkan:-
5 batang serai
7 siung bawang putih
10 biji bawang merah
1 inci halia
2/3 inci lengkuas
30 tangkai lada kering –
rendam dalam air panas
Cara-cara Membuatnya:-
1. Panaskan
kuali, masukkan santan dan bahan yang telah dilumatkan, daging dan semua bahan
rempah yang lain.
2. Masak
dengan api yang sederhana dan selalu mengacaunya hingga kering.
3. Apabila
hampir kering, perlahankan api dan sentiasa mengacaunya hingga garing. Jangan sesekali dibiarkan nanti serunding hangus.
4. Setelah
masak, biarkan sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.
5. Sesuai
untuk inti karipap, pulut lepa atau dimakan bersama nasi atau pulut dan
sebagainya.
No comments:
Post a Comment