Wednesday, May 1, 2019

CHAR KUE TIAU - SUNGAI DUA


Bahan-bahannya:-

1 mangkuk kue tiau
1 siung bawang putih – diketuk pecah
2 sudu minyak masak
1 sudu kecil minyak bijan
6 ekor udang
1 biji telur ayam
2 sudu kicap pekat
2 sudu kicap cair
1 sudu kicap sotong
½ sudu sos tiram
Gula, garam dan serbuk perasa

Bahan Untuk Dilumatkan

7 tangkai lada kering
4 ulas bawang merah
1 siong bawang putih
Sedikit belacan

Cara-cara Membuatnya:-


1.       Panaskan minyak masak, masukkan minyak bijan, tumis bawang hingga semerbak baunya, masukkan bahan yang telah dilumatkan, goreng hingga naik minyak.
2.       Masukkan udang dan goreng hingga kemerahan dan masukkan kicap pekat, kicap cair, kicap sotong dan sos tiram. Masak sehingga naik bau. Suaikan rasa dengan garam, gula dan serbuk perasa.
3.       Masukkan kue tiau, kacau hingga sebati dan alihkan ketepi sikit.
4.       Pecahkan telur dan tunggu hingga telur jernih memutih dan gaulkan bersama kuew tiau, masukkan daun kucai dan tauge.
5.       Gaul hingga sebati dan siap untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0