Tuesday, May 28, 2019

LALA GORENG PATTAYA

Bahan-bahannya:-

500 gm lala - dicuci bersih – direndam 15 minit dan dibersihkan lagi
5 siung bawang putih - dilumatkan
2 inci halia -  dihiris halus-halus
1 sudu serbuk kari ikan
2 1/2 sudu sos tiram
1 sudu sos ikan (boleh diganti budu)
1 biji bawang besar - dihiris bulat
1 biji lada bangala merah – dipotong dadu kecil
1 biji lada bangala hijau – dipotong dadu kecil
Secekak daun selasih
Sedikit tepung jagung dilarutkan di dalam air
Minyak untuk menggoreng
Gula secukup rasa
Daun bawang setangkai - dihiris

Cara-Cara Membuatnya:-


  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama sos tiram, serbuk kari ikan dan halia.
  2. Masukkan lala, gaul rata dan tutup sebentar.
  3. Selepas 2 minit buka tudungnya, masukkan larutan tepung jagung, sos ikan, lada bengala, bawang besar daun selasih dan daun bawang. Gaul hingga sebati.
  4. Siap untuk dihidangkan.


No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0