Monday, May 27, 2019

KETAM MASAK LADA

Bahan-bahannya:-

600 gram ketam saiz sederhana – dibersihkan
5 siung bawang putih - dilumatkan
5 sudu lada boh
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 ikat daun kucai kecil (1 jari) - dipotong pendek-pendek 3 cm 
garam dan perasa secukupnya
daun bawang untuk hiasan
3 sudu minyak masak - untuk menumis

Cara-Cara Membuatnya:-


  1. Bersihkan ketam dan goreng sebentar.
  2. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih dan lada boh hingga garing. Masukkan garam dan serbuk perasa.
  3. Selepas itu, masukkan ketam dan bawang besar, gaul hingga rata, kemudian masukkan daun kucai yang dipotong  pendek-pendek (3 cm). Gaul hingga rata.  Angkat.
  4. Hiaskan dengan daun bawang dan hirisan lada merah.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0