Bahan-bahannya:-
1 mangkuk nasi putih
1 biji telur
40 gram udang
30 gram hirisan sotong
30 gram hirisan ayam
1 batang serai
1 sudu lada boh
3 sudu sos tomato
1 biji bawang besar
1 siung bawang putih
1 sudu kicap
1 helai daun limau purut
2 sudu minyak masak
Garam dan bahan perasa secukupnya
Cara-cara membuatnya:-
1. Panaskan 1 sudu minyak, goreng telur ayam - buat telur mata. Dan ketepikan
2. Gunakan minyak yang sama, goreng nasi putih dengan 1 sudu kicap dan ketepikan.
3. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau, masukkan cili boh dan biarkan cili masak.
4. Masukkan udang, sotong, ayam dan masak hingga empuk.
5. Masukkan sos tomato, serai, daun limau purut dan serbuk perasa.
6. Apabila masak, sedia untuk dihidangkan bersama nasi dan telur mata yang disediakan tadi.
No comments:
Post a Comment