Monday, May 13, 2019

Rojak Buah

Bahan-bahannya:-


150 gram kacang tanah digoreng tanpa minyak - ditumbuk
100 gram mentimun - dihiris
100 gram sengkuang - dihiris 
50 gram nenas - dihiris
50 gram mangga muda - dihiris
50 gram tauhu - digoreng
50 gram tauge - mentah atau celur
5 biji jejemput gandum dan daun kucai - dipotong kecil
1 obor bunga kantan - dimayang halus

Bahan Untuk Sos:-

4 sudu kicap pekat
1 sudu kecil sos tiram
1 1/2 sudu air limau nipis
1/2 sudu parutan kulit limau nipis
1/2 keret gula melaka - dihancurkan
3 sudu gula
3 sudu lada boh

Cara-cara Membuatnya:-

1.   Potong mentimun, sengkuang, nenas, mangga muda, tauhu goreng dan jejemput menjadi kecil.
2.   Gaulkan bunga kantan, 100 gram kacang tanah tumbuk dan semua bahan untuk sos sekaligus ke dalam mangkuk salad.
3.   Masukkan potongan mentimun, sengkuang, nenas, mangga muda, tauhu goreng dan tauge. Kacau hingga rata.
4.   Siap untuk dihidangkan, semasa dihidangkan isikan ke dalam piring, bubuh jejemput dan ditabur kacang tanah tumbuk baki tadi. Memang sedap.



No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0