Bahan-bahan untuk inti:-
1 cawan daging atau ayam dikisar
1 labu bawang besar - potong
dadu kecil
1 siung bawang putih - cincang
halus
1 sudu rempah kurma
1 sudu kecil minyak
Garam secukup rasa
Daun bawang (hiris)
Lada merah (hiris)
Cara untuk membuat inti:
1. Panaskan minyak, tumis bawang dan rempah
sehingga wangi.
2. Masukkan daging atau isi ayam dan garam. Kacau
dan biarkan mendidih hingga sering airnya dan kering.
3. Angkat dan sejukkan dalam mangkuk.
Bahan untuk kuih:
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
2 cawan air
1 biji telur ayam segar
Garam secukup rasa
Pewarna kuning
Cara untuk membuat kuih:
1. Adunkan semua bahan untuk kuih hingga sebati dan
tapis.
2. Leset acuan bahulu dengan minyak masak dan panaskan.
3. Tuangkan adunan ke dalam acuan. Masukkan sesudu
kecil inti yang telah disediakan.
4. Taburkan hirisan lada merah dan daun bawang.
Tutupkan adunan dengan tudung periuk.
5. Setelah bahagian tepi kekuning-kuningan bolehlah
diangkat. Siap untuk dihidang. Ketika dihidang, dakapkan setiap 2 biji kuih
cara itu.
No comments:
Post a Comment