Bahan-Bahannya:-
4 biji telur ayam segar
2 biji kentang – dibelah 4
1 batang karot - dihiris
3 pokok sawi pendek – potong
Air secukupnya.
Garam.
1 kiub perasa ayam
Bahan tumis
1 siung bawang putih - diketuk
3 ulas bawang merah - ditumbuk
1 sudu kecil lada hitam – ditumbuk
Cara-Cara Membuatnya:-
1.
Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau
dan masukkan bawang merah dan lada hitam sekali.
2.
Masukkan air secukupnya, kiub perasa ayam, kentang
dan karot. Masak hingga mendidih dan empuk.
3.
Buah telur apung – pecahkan telur semasa air sedang
mengeleggak. Berikan selang masa antara telur agar tidak bercantum.
4.
Sebaik telur putih nama masak, masukkan sayur
sawi. Padamkan api sebaik sawi masak.
5.
Siap untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment