AIR BUAH – TEMBIKAI DAN LONGAN
Bahan-bahannya;
1 tin buah longan
300 gram buah tembikai dibuang biji
100 gram gula pasir
3 cawan air
Sedikit pewarna merah
Beberapa biji limau nipis
Cara-cara Membuatnya
1. Potong tembikai blender bersama 3 cawan air, kemudian direbus hingga mendidih.
2. Masukkan gula dan larutkan.
3. Masukkan 1 tin buah longan bersama air sirapnya. Bubuh pewarna merah. Kacau hingga serata selama 2 minit.
4. Biarkan menyejuk kemudian simpan dalam peti sejuk.
5. Untuk minum setelah sejuk, bubuh dalam gelas dan ceduk beberapa biji buah longan, tuang air buah dan perahkan sedikit limau nipis.
No comments:
Post a Comment