Wednesday, December 8, 2021

PES AYAM PERCIK SOS LEJEN KAKMAS

Kepada pengemar Ayam Percik Sos Lejen KakMas - tempahan untuk pes ayam percik boleh dibuat dengan menghantar Whatsapp kepada KakMas 0139208820.





Cara Memasak Ayam Percik Menggunakan Pes Ayam Percik Sos Lejen KakMas

1. Seekor ayam dipotong 4 dan dibersihkan, dan ditos.
2. Ayam tersebut diperap dengan satu sudu serbuk kunyit, satu sudu pes dan sedikit garam.
3. Perap ayam sekitar 30 minit.
4. Bakar ayam di dalam oven pada suhu 250oC selama 20 minit.
    (Dalam masa yang sama dalam periuk pula, sediakan sos percik hingga siap.)
5. Angkat dan rendam ayam dalam periuk sos, masak untuk tempoh 10 minit.
6. Toskan ayam dan panggang untuk kali kedua.

Untuk Menyediakan Sos Lejen KakMas

1. Masak 1/2 liter air hingga mendidih.
2. Masukkan 1/2 botol pes dan kacau hingga sebati.
3. Masak antara 15 hingga 20 minit, masukkan 1 liter santan. Masak hingga pekat dan pecah minyak.
4. Ambil ayam yang siap di panggang kali pertama, rendam di dalam sos untuk tempoh 10 minit.
5. Keluarkan ayam untuk pemanggangan kali 2 dalam tempoh 5 minit.
6. Masak api perlahan sehingga sos memekat mengikut kepekatan yang anda mahu. Jika anda suka cair masukkan air panas untuk mengurangkan kepekatannya.
7. Siap untuk dihidangkan.




No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0