Untuk
Penyediaan Hidangan “Shell Out”
1. Panaskan kuali, masukkan
minyak zaitun dan satu sudu butter, masukkan semua bahan tumis dan tumis hingga
naik bau.
2. Masukkan 4 sudu Pes Tomyam Special KakMas,
masukkan 2 sudu rempah kari, 2 tangkai daun kari, masukkan air rebusan sayur dan
makanan laut, masukkan gula perang, kiub pati ayam, sos cili.
3. Apabila air mula mengurang,
masukkan sebiji telur; kemudian masukkan (makanan laut yang telah direbus
seperti ketam, udang, lala, sotong (segar atau sotong celup tepung yang siap masak)
gaul sebati. Akhir sekali masukkan kerang yang telah direbus. Gaul rata dan
tambahkan lada sulah, perah limau nipis, garam secukup rasa.
4. Tuangkan di atas hamparan,
hiaskan dengan sayur yang telah dicelur; seperti brokoli, bunga kobis, potongan
tongkol jagung manis, jagung muda, karot dan potongan hirisan lemon.
5. Akhir sekali perah lemon
sebelum dimakan bersama nasi panas.
BUKU RESIPI HAMEMAH
Sila
layari; hamemah.blogspot.com
No comments:
Post a Comment