Nekbat "ready make" ada dijual rata-rata di bazar
Ramadan di Terengganu sama ada yang kosong atau telah disira. Jika nak buat,
sama seperti buat baulu beras tapi tak perlu dimasukkan gula lagi. Sebab nekbat
ni, makanan versi Wetland ... lembab berair gula. Beli nekbat kosong, dan hanya
buat sira gula. Kalau tak ada nekbat kosong boleh buat ikut resepi ini.
Bahan-bahannya:
250 gm tepung beras
6 biji telur ayam
1/2 sudu pewarna kuning telur
Cara-cara
Membuatnya
1. Tepung beras
disangar seketika, biarkan sejuk kemudian diayak.
2. Pukul telur
hingga kembang, masukkan pewarna dan pukul lagi hingga kembang berbuih.
3. Masukkan tepung
beras sedikit demi sedikit sambil terus mengacau hingga sebati. Boleh gunakan pengepuk tangan.
4. Sapukan minyak
pada acuan baulu.
5. Ceduk campuran
tepung dengan senduk dan isikan dalam acuan.
6. Panaskan atas
dapur arang atau masukkan dalam oven pada suhu 180oC. Untuk aroma tradisi gunakan
sedikit kulit kelapa kering letakkan dalam oven.
7. Setelah masak
kekuningan, keluarkan dari acuan dan ulangi.
Sira Nekbat
10 biji nekbat kosong
500 ml air
150 gram gula pasir
6 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan
Cara-cara
Membuatnya
1. Panaskan air
hingga mendidih.
2. Bubuh gula
hingga larut, masukkan bunga cengkih dan daun pandan.
3. Setelah
mendidih kedua, padamkan api masukkan nekbat biar ia meresap sira gula dan terendam,
jangan dikacau, nanti hancur lebur.
4. Tutup periuk 10
minit untuk penyerapan lengkap.
5. Hidangkan.
Paling enak disimpan dalam peti sejuk dahulu sebelum dimakan.