Sudah menjadi rutin, setiap hari minggu saya dan
suami ke Pasar Payang untuk membeli sayur-sayuran, ikan dan juga bawang. Di
pasar saja boleh meluangkan sedikit masa untuk bertanya kabar dan menjalinkan
silaturrahim di antara adik-adik dan saudara-mara yang menjual di situ.
Bila sudah habis membeli, saya dan suami menyusur lorong
kiri kanan orang menjual pelbagai sayur dan buah-buahan. Jadi suami saya berkenan pulak dengan
ubi keladi rebus, terus dibelinya.
Tapi, bila sampai rumah je…ubi tu disimpan dalam
peti sejuk. Balik kerja petang tadi, barulah boleh dimasak pengat ubi keladi..bila siap
masak terus hidang untuk makan petang. Kita berdua makan pengat sampai menjilat
jari....yum..yum..yumm…bestnye…pemanis tekak menghilangkan haus..maklumlah
musim panas.
Nak cuba masak sediakan bahan-bahanya.boleh
1 biji ubi keladi – dipotong dadu
1 biji telur gred C
1 kotak
kecil santan
1 keping manisan (sederhana)
2 sudu besar gula – jika yang sukakan manis tambahlah
1 @ 2 sudu besar
Secubit garam
2 helai daun pandan
Caranya
Santan bersama 2 cawan air ke dalam periuk. Selepas itu
masukkan manisan, gula, garam dan daun
pandan. Masakkan hingga larut manisan, gula dan kemudian masukkan ubi keladi
hingga empuk. Bila masak, masukkan telur yang telah dipukul..dan terus tutup.