Thursday, January 20, 2000

LAKSAM - KAK LONG

LAKSAM - KAK LONG (Pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu)

Bahan-Bahannya:- 

3 cawan tepung beras
½ cawan tepung gandum
½ sudu kecil garam
5 cawan air suam
Minyak masak – untuk leset pada acuan
Acuan – Tudung periuk nipis rata garispusat yang kecil sedikit daripada muka kuali atau kukusan.

Cara-Cara Membuatnya:- 


1. Panaskan air dalam kuali pengukus atau kukusan. 
2. Sementara kukusan dapat berfungsi, campurkan tepung beras dan tepung gandum, gaul sampai rata. 
3. Gunakan ayakan untuk mengayak campuran tepung itu. 
4. Di dalam bekas adunan, gaul hingga sebati tepung dan air suam. 
5. Apabila kukusan sudah siap siaga, untuk elak laksam melekat bila masak nanti, leset minyak masak pada tudung periuk nipis. 
6. Selepas adunan masak, angkat pada penghujung tepi dan gulung seperti menggulung tikar. 
7. Ulangi. Acuan dapat terus diguna, tetapi setiapkali mengukus perlu dileset minyak masak.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0