Thursday, April 13, 2000

ACAR JANTUNG PISANG

Bahan-bahannya:-

1 biji jantung pisang
3 ulas lada merah – potong separuh terbelah memanjang
12 biji lada kering
6 ulas bawang merah
2 siong bawang putih
1 biji bawang besar dipotong 6
1 mangkuk santan pekat
1 cawan air asam jawa
1 sudu besar cuka
Sedikit belacan
Garam yang secukupnya.

Cara-cara Membuatnya:-


1.       Belah memanjang jantung pisang kepada dua bahagian selepas itu dicelur. Toskan dan perah serta ramas-ramas jantung pisang itu untuk  keluarkan airnya.
2.       Potong jantung pisang itu  kepada bahagian-bahagian yang kecil.
3.       Lada kering perlu direndam air panas terlebih dahulu hingga kembang. Toskan. Kemudian, lumatkan lada kering bersama bawang merah dan bawang putih.
4.       Panaskan minyak dan tumis bahan giling, masukkan santan dan masak hingga mendidih.
5.       Masukkan air asam jawa, belacan, cuka dan garam.   Selepas itu, masukkan jantung pisang, lada merah dan bawang besar.
6.       Masak hingga kuahnya pekat. Siap untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0