Bahan-bahannya:-
1 ekor ayam segar dipotong anak ramai
3 cawan air
2 sudu gula merah
1 sudu kecil garam
5 biji limau nipis – ambil jusnya
Bahan-bahan
Dilumatkan:-
3 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 siong bawang putih
2 ½ sudu cili boh
1 sudu ketumbar
2 batang serai
2 inci lengkuas
Bahan Perasa
½ cawan air asam jawa
100 gram kacang tanah digoreng dan ditumbuk halus
Cara-cara
Membuatnya
1.
Tumis bahan yang dilumatkan hingga naik bau dan masukkan
air asam jawa. Masukkan kacang tanah dan masak hingga mendidih dan tambahkan
air dan panaskan hingga mendidih lagi.
2.
Masukkan ayam semasa mendidih dan panaskan api
kecil sehingga kuahnya mula memekat dan masukkan garam dan gula merah.
3.
Bakar ayam di atas dapur arang atau pembakar.
Siap untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment