Bahan-bahannya:-
500 gram daging
2 biji bawang merah - ditumbuk
2 siong bawang putih -
ditumbuk
½ inci halia - ditumbuk
1 inci kulit kayu manis - ditumis
1 kuntum bunga lawang -
ditumis
2 biji buah pelaga - ditumbuk
3 kuntum bunga cengkih -
ditumis
½ cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 biji kentang (potong 8)
1 tangkai daun kari
1 bungkus kecil rempah kari daging
(bancuh dengan ¼ cawan air)
1 sudu kerisik
2 sudu minyak masak
1 ½ sudu kecil garam
Cara-cara Membuatnya:
1.
Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, buah pelaga.
2.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah
ditumbuk dan daun kari sehingga wangi.
3.
Masukkan rempah kari dan kacau sehingga terbit
minyak.
4.
Masukkan daging dan kentang. Kacau rata.
5.
Masukkan santan cair dan kerisik dan biarkan
sehingga mendidih.
6.
Masukkan santan pekat. Biarkan mendidih dan
reneh lagi sehingga nampak naik minyak.
7.
Masukkan garam, kacau dan biarkan pekat. Tutup
api. Angkat dan hidang bersama nasi atau roti jala. Siap untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment