Wednesday, May 31, 2000

RESEPI KERABU KAKI AYAM

Setelah beberapa hari masak lauk ayam, petang ni Kak Mas nak buat sesuatu yang special. Ada banyak kaki ayam dalam peti sejuk, biasanya Kak Mas suka buat sop tetapi kali ni Kak Mas nak buat kerabu. Antara makanan kegemaran anak Kak Mas. Resepi ni Kak Mas dapat dari emak sepupu Kak Mas yang buat kraftangan mengkuang dan tinggal di Gong Nangka, Marang. 

Kerabu Kaki Ayam

12 pasang kaki ayam
1 batang timun
2 biji bawang besar
12 helai daun pudina
3 helai daun bawang
1 biji limau nipis
1/2 cawan santan pekat
6 biji cili burung
2 biji lada merah
cuka, garam dan gula

Cara-cara Membuatnya

1.   Bersihkan kaki ayam, buang sisik dan potong kuku serta kerat 2 atau 3 bahagian.
2.  Di dalam periuk, bubuh air hingga kaki ayam tenggelam, seulas bawang putih yang dihiris dan garam. Rebus dengan api yang sederhana hingga lembut.
3.  Sementara itu, bawang besar, daun pudina dan timun hendaklah dipotong halus-halus memanjang.
4.  Setelah kaki ayam masak. Angkat dan tos. bubuh dalam mangkuk salad.
5.  Dalam keadaan panas itu, campurkan bahan-bahan yang telah dipotong bersama kaki ayam dan tuang santan, gaulkan hingga sekata.
6.   Taburkan hirisan cili burung dan lada merah. Perah limau nipis dan gaulkan hingga sekata.
7.   Bubuh cuka, garam dan gula ikut citarasa.

8.   Hidangkan. Makan sewaktu panas ni memang best.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...