Wednesday, June 14, 2000

BINGKA JAGUNG


Bahan-bahannya:-

500 gram santan
1 sudu kecil garam
3 biji telur ayam segar
200 gram tepung gandum
100 gram gula
50 gram marjerin
2 sudu tepung kastad
½ tin jagung berkrim
½ cawan bijan - goreng tanpa minyak

Cara-cara Membuatnya:-


1.                   Masukkan semua bahan kecuali bijan ke dalam pengaul. Gaul hingga sebati.
2.                   Selepas digaul sebati, masukkan ke dalam periuk dan masak sebentar di atas api.
3.            Sementara itu, untuk elakkan bingka melekat selepas dimasak, leset acuan atau loyang dengan marjerin.
4.             Tuang adunan ke dalam acuan/loyang. Taburkan bijan goreng di atasnya. Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 180°C selama sejam / hingga masak.
5.                   Sejukkan dan potong. Siap untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0