Saturday, July 1, 2000

BRONOK


Bahan-bahannya:-

1 gelas biji sagu butir kecil
3 gelas air
¾ gula pasir
Pewarna merah rose
1 helai daun pandan

Untuk tabur, gaulkan:-
1 ½ biji kelapa parut putih
1 sudu kecil garam halus

Cara-Cara Membuatnya:-


1.       Bilas dan rendam biji sagu dalam air sekejap. Toskan.
2.       Masak air dan daun pandan di dalam periuk
3.       Selepas mendidih bubuhkan pewarna merah rose, sekejap dan masukkan biji sagu, masukkan gula dan kacau sehingga rata.
4.       Selepas biji sagu mula jernih, angkat dan masukkan ke dalam loyang.
5.       Kukus dalam kukusan antara 15 – 20 minit.
6.       Apabila telah masak, biarkan sejuk dan potong empatsegi-empatsegi, gaulkan bersama dengan kelapa parut. Siap untuk dihidangkan. 

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0