Tuesday, January 16, 2001

BINGKA UBI KAYU

Bahan-Bahannya:-

2 kg ubi kayu - dikupas, diparut dan disejat
300 g gula pasir
1 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning - jika perlu
2 biji telur ayam segar - dipukul sekejap
500 ml santan daripada sebiji kelapa

Cara-Cara Membuatnya:-




  1. Masukkan ubi kayu parut di dalam mangkuk adunan.
  2. Masukkan gula pasir bersama garam, pewarna kuning dan telur. Kacau hingga sebati.
  3. Masukkan santan, kacau hingga ia sebati dan tidak berketul-ketul.
  4. Leset sedikit minyak masak pada loyang bakar dan tuang bancuhan ke dalamnya. Bakar pada suhu 300°C selama 30 minit atau sehingga permukaannya kekuningan.
  5. Biarkan bingka sudah sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.
  6. Siap untuk dihidangkan.



No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0