Bahan-bahannya:-
600 gram keledek (rebus dan
lecek)
150 gram tepung gandum
100 gram ikan bilis - Tumbuk
lumat
5 tangkai lada merah
3 ulas bawang merah
½ sudu kecil garam
Minyak masak untuk menggoreng.
Cara-cara Membuatnya:-
1. Gaul rata keledek bersama bahan yang telah
ditumbuk lumat.
2. Masukkan tepung gandum. Gaul rata menjadi doh.
3. Ambil sedikit doh, leperkan dan buat lubang di tengah-tengahnya
satu persatu sehingga habis.
4. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
5. Goreng doh yang telah dibentuk tadi sehingga
keemasan. Angkat dan tos. Siap untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment