1 kg tepung pulut
1 biji kelapa - diambil santan
Bahan untuk inti:
1 biji kelapa - diambil isi
200 g gula merah
1 cawan kecil air
1 helai daun pandan
Cara-Cara Membuatnya:-
- Untuk kulitnya, campurkan tepung dengan santan dan bancuh hingga menjadi liat. Kemudian, bahagikan adunan kepada bilangan doh.
- Leperkan kulit untuk ruang intinya.
- Untuk menyediakan intinya pula, campurkan semua bahan inti dan masakkan hingga kering.
- Selepas itu, lakukan langkah yang sama iaitu bahagikan inti untuk dibalut bersama kulitnya.
- Balut dengan kemas hingga habis.
- Kukus selama 10 minit sebelum dibalut dengan daun pisang. Selepas 10 minit keluarkan koci dan gaulkan dengan sedikit pati santan yang pekat tadi.
- Akhir sekali balutkan dengan daun pisang dan kukus selama 2 minit.
No comments:
Post a Comment