1.
Angkat durian tersebut. Jika ringan isinya
memang tebal dan bijinya kecil.
2.
Pilih tangkai pada buah yang besar untuk isinya
yang besar dan tebal.
3.
Goncangkannya. Jika bergegar dan berbunyi, buahnya elok kerana
tidak melekat dengan dinding kulit pada sebelah dalamnya.
4. Lihat pada bahagian kulitnya. Jika bergelombang
dan tidak bulat sepenuhnya bermakna isinya tebal dibahagian yang benjol
tersebut.
5. Cuba hidu dan cium baunya. Sekiranya berbau karbait
bermakna buah itu diperam, jika berbau wangi bermakna buahnya telah masak,
sekiranya berbau masam bermakna buahnya telah basi terutamanya sekiranya durian
tersebut sudah merekah. Jangan banyak mencium kerana ia akan mengurang deria
bau anda. (Bawa bekal sebungkus serbuk kopi untuk reset deria hidung anda).
6. Perhatikan betul-betul sama ada ada lubang kecil
atau tidak. Sekiranya terdapat lubang kecil yang berwarna hitam. Itu adalah
lubang ulat yang masih kecil memasukinya dan akan membesar di dalam buah durian
tersebut. Lihat pada persekitaran lubang kalau-kalau ada habuk yang membubuk
atau berlubang besar kerana itulah laluan ulat yang telah dewasa yang mungkin
masih berada di dalamnya.
7. Pastikan durian tersebut belum dikopek atau
dibuka kerana durian yang telah merekah atau terbuka pasti akan basi dalam ½ hari sahaja. Rasanya akan menjadi masam
dan sejuk.
8. Jangan memilih buah yang diperam, pilihlah buah
durian yang jatuh dari pokoknya sahaja. Buah yang diperam atau lama biasanya
nampak layu dan kekeringan.
9. Selepas itu, minta pendapat penjual tentang buah
yang telah dipilih dan hendak dibeli itu, jika penjual memberi jaminan baik,
terus minta penjual kopek di hadapan mata anda sendiri. Bawa balik isi yang
telah dikopek tadi, jangan bawa kulit, berat.
No comments:
Post a Comment