Bahan untuk membuat inti:
½ biji kelapa parut putih
100 gram udang kering - direndam
dan dilumatkan
1 siong bawang putih
3 biji bawang merah
7 tangkai lada merah
1 cm halia
1 batang serai
Lumatkan bahan di atas dengan ½
cawan air
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu gula
½ sudu kecil garam
2 sudu minyak masak
Cara-cara untuk membuat inti:
1. Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yang telah
dilumatkan. Masak hingga menggelegak dan air sering.
2. Masukkan kelapa. Kacau rata. Tutup api dan
ketepikan.
Bahan-bahan untuk membuat doh:-
250gram keledek (rebus dan
lenyek)
3 ½ sudu tepung gandum
½ sudu kecil garam
Minyak masak untuk menggoreng.
Cara untuk membuat doh:
1. Gaul
rata semua bahan doh kecuali minyak masak membentuk doh. Tambah tepung sedikit
demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.
2. Ambil
sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengah-tengahnya.
3. Sementara
itu panaskan minyak di dalam kuali.
4. Goreng
doh yang telah diisi inti sehingga keemasan. Angkat dan tos. Siap untuk
dihidang.
No comments:
Post a Comment