Thursday, May 17, 2001

CUCUR JAGUNG BERSAMA UDANG


Bahan-bahannya:-

150 gram isi jagung
1 biji bawang besar (cincang)
3 biji lada merah (cincang)
100 gram udang hidup
1 biji telur ayam segar
2 cawan tepung gandum
Sedikit daun kucai
Air suam (bergantung pada kualiti tepung)
Garam secukup rasa
½ sudu kecil kunyit serbuk
Minyak masak untuk menggoreng.

Cara-cara Membuatnya:-


1.                   Kesemua bahan kecuali minyak masak dan cili sos digaul rata.
2.                   Panaskan minyak masak di dalaam kuali.
3.         Goreng adunan tadi dengan menggunakan sudu satu persatu. Masak hingga warna keemasan dengan api yang sederhana kecil dan angkat.
4.                   Hidangkan bersama cili sos atau sos tomato. Siap untuk dihidang.



No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0