Sediakan bahan-bahan seperti tersenarai.
1. Satu tin laici
2. Air sirap gula
3. Air panas
4. Ais satu flask
Bahan Pengisi Gabungan
1. Satu cawan kacang tanah - goreng tanpa minyak
2. Satu cawan hirisan buah pala
3. Satu cawan kismis
4. Satu mangkuk kembang semangkuk yang telah kembang
5. Satu cawan biji selasih
6. Satu cawan barli
7. Satu cawan cincau yang telah dihiris
8. Satu cawan kurma mandarin
9. Satu mangkuk suhun yang telah direbus
10. Cendawan salji putih yang telah kembang direndam air panas
11. Halwa kundur
12. Kacang Merah
Cara-cara Membuatnya:-
1. Ambil satu biji laici bubuh dalam mangkuk gelas dan masukkan sirap gula.
2. Masukkan pula beberapa sudu kecil bahan-bahan lain dan gabungkan mengikut selera anda.
3. Tuang air panas, separuh gelas. Biarkan seketika sehingga sejuk.
4. Kalau mahu minum panas, tambah separuh lagi air panas.
5. Jika mahu minum suam, tambah air sejuk.
6. Jika suka sejuk, Bubuh ais.
7. Sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment