Saturday, June 16, 2001

KRISTAL LAICI

Bahan-Bahannya:-

1 tin laici - asingkan airnya, buah laici dihiris nipis
½ cawan gula pasir
1 peket agar-agar
2 helai daun pandan
5 cawan air

Cara-Cara Membuatnya:-




  1. Masak agar-agar sampai hancur, bersama dengan simpulan daun pandan.
  2. Kemudian masukkan gula. Selepas gula hancur, masukkan air laici yang telah di asingkan tadi.
  3. Tuang ke dalam acuan yang telah disejukkan terlebih dahulu. Taburkan hirisan laici tadi. 
  4. Alih-alihkan sedikit agar hirisan laici tidak terkumpul di satu tempat sahaja. 
  5. Sejukkan. Siap untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0