Wednesday, July 18, 2001

BINGKA BAKAR


Bahan-bahannya:-

6 biji telur ayam segar
1 tin susu cair
2 tin air
4 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
½ cawan jus pandan
½ cawan bijan (goreng tanpa minyak)

Cara-cara Membuatnya:-


1.                   Semua bahan kecuali bijan dan minyak masak diadun.
2.                   Leset minyak masak pada acuan atau loyang
3.                   Tuangkan adunan tadi ke dalam acuan/loyang.
4.                   Masukkan ke dalam ketuhar. Bakar pada suhu 180°C   selama ½ jam.
5.               Selepas ½ jam, keluarkan dari ketuhar, taburkan bijan dan sambung bakar selama 20 minit lagi atau sehingga nampak masak.
6.                   Sejukkan dan potong. Siap untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0