200 g sagu biji yang telah dibersihkan dan ditos.
300 g kelapa parut - ambil putihnya sahaja.
5 ml air
5 ketul gula melaka - dihancurkan.
Beberapa helai daun pisang dan penyucuk lidi.
Sedikit garam.
Cara-Cara Membuatnya:-
- Gaul sagu dengan kelapa parut, garam dan air sehingga sebati.
- Ambil sehelai daun pisang, bentukkan kon dan masukkan 2 sudu adunan sagu tadi, kemudian letakkan satu sudu kecil gula melaka hancur dan tutup dengan satu sudu sagu lagi. Tekan supaya padat.
- Gunakan lidi untuk kokot lipatan sebelah bawah.
- Buat lagi sehingga adunan habis.
- Kukus selama 40-45 minit atau sehingga masak.
- Siap untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment