Bahan-bahan untuk membuat inti:-
½
biji kelapa parut putih
1
ketul gula melaka
2 sudu
air
1
helai daun pandan
Cara-cara menyediakan intinya:
1.
Cairkan gula dengan
air bersama daun pandan di atas api kecil hingga mendidih.
2.
Masukkan kelapa parut
dan gaul rata. Tutup api dan sejukkan.
Bahan-bahan untuk membuat kuih:
1
cawan tepung beras
2
cawan santan
½ sudu
kecil garam
4 sudu
tepung pulut (bancuh dengan 1 sudu air membentuk doh)
Daun
pisang yang telah dilayur dan lidi secukupnya
Cara-cara Membuatnya:
1. Leperkan doh tepung
pulut dan masukkan sedikit inti. Tutup jadikan bebola. Buat sampai habis.
2. Bancuh tepung beras
bersama santan. Kacau atas api hingga separuh masak.
3. Panaskan kukusan.
4. Ambil dua sudu
bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 bebola tadi dan
tutup dengan dua sudu lagi tepung.
5. Tutup daun pisang dan
lipat kedua-dua hujung daun, kokot dengan lidi dan kukuskan selama 20 minit.
6. Sejukkan dan hidangkan
Siap untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment