Bahan-bahannya:-
Tepung:
500
gram kacang hijau
Cara-cara membuat tepung kacang hijau:
1.
Kacang hijau dibuang
kulit, dibasuh dan ditoskan.
2.
Goreng tanpa minyak
sehingga kemerahan.
3.
Sejukkan dan mesin
sehingga halus. Kemudian diayak.
Inti:
1
biji kelapa parut
1 kerek
gula melaka (hancurkan)
200
gram gula merah
½
cawan air
Cara-cara membuat inti:
1.
Didihkan air, masukkan
gula melaka dan gula merah. Kacau hingga gula larut.
2.
Masukkan kelapa parut,
kacau rata. Tutup api dan ketepikan.
Doh:
1
bungkus tepung pulut
2
cawan tepung kacang hijau
Air
secukupnya
Cara untuk membuat buah gomak:
1. Bancuh tepung pulut
dengan air sedikit demi sedikit sehingga sebati. Masak sebentar di atas api.
2. Ambil sejemput tepung
pulut tadi dan leperkan. Letakkan inti ditengah-tengahnya. Tutup dan leperkan
semula. Buat sehingga habis.
3. Sementara itu panaskan
air kukusan.
4. Kukus adunan tadi
sehingga masak. Angkat dan salut dengan tepung kacang hijau. Siap untuk
dihidang.
No comments:
Post a Comment