Bahan-bahannya:
1
kg kacang soya - direndam tenggelam dalam
air bersih sekurang-kurangnya 4 jam
215
ml Air Abu
7
liter Air Bersih.
Cara-cara Memprosesnya:
1. Rendam
Kacang soya sekurang-kurangnya selama 4 jam dan bersihkan biji kacang soya itu dan
ditos.
2. Dengan
menggunakan sedikit-sedikit air dari 7 liter itu, kisar kacang soya itu
menggunakan mesin pengisar terlebih dahulu supaya kacang soya itu hancur dan
tambah lagi baki air itu dan terus mengisar untuk menghasilkan susu kacang soya,
tapis untuk asingkan hampasnya.
3. Tuang
Susu Kacang Soya yang telah ditapis ke dalam periuk yang lebar diameternya atau
takungan untuk memasak fucuk. Masukkan 215 ml Air Abu dan terus dikacau sekejap hingga sebati, selepas itu biarkan
memanas dengan api yang sederhana.
4. Dengan
kepanasan yang stabil itu, campuran susu kacang soya itu akan menghasilkan
selapis selaput pada permukaan. Selaput yang timbul mulanya berwarna putih dan akhirnya
beransur menjadi kuning.
5. Sebaik
ianya berwarna kuning dan nampak sikit berkedut asingkan dengan menyiring
bahagian tepi dengan pisau nipis dengan menggunakan rotan atau dawai keras;
selak dan angkat ke atas, sidai fucuk itu pada penyidai. Ulangi beberapa kali
untuk menuai fucuk yang dihasilkan.
6.
Fucuk
yang basah itu perlu terlebih dahulu dijemur di panas matahari supaya kering.
# semoga bermanfaat untuk meningkatkan ekonomi keluarga
No comments:
Post a Comment