Tuesday, April 16, 2002

AYAM SAMBAL KICAP

Bahan-bahan:-

½ kilo daging ayam segar tanpa kulit dipotong anak ramai
1 batang serai
3 sudu besar sos tomato
5 sudu besar kicap pekat
1 biji bawang besar dihiris membulat
5 helai daun limau purut dicobek-cobek
Minyak masak untuk menumis
Garam secukup rasa.

Bahan untuk dilumatkan:-
25 tangkai lada kering
5 biji bawang merah
3 siong bawang putih
1 inci halia
½ cawan air

Cara-cara Membuatnya:-

1.       Panaskan minyak di dalam kuali.
2.       Tumiskan bahan yang telah dilumatkan hingga naik bau.
3.       Masukkan ayam yang telah siap dibersihkan dan kacau. Biarkan sehingga ayam masak lembut.
4.       Setelah pecah minyak, masukkan daun limau purut, sos tomato dan kicap pekat.
5.       Masukkan hirisan bawang besar dan gaulkan hingga sebati. Panaskan sehingga masak dan pecah minyak.
6.       Siap untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0