Monday, May 13, 2002

BISKUT KEJU


Bahan-bahannya:-

250 g mentega 
220 g gula halus 
1 biji telur ayam segar
Sedikit esen vanila 
250 g keju cheddar – diparut halus 
300 g tepung gandum
160 g tepung jagung
1 biji kuning telur - untuk sapuan

Cara-cara Membuatnya:-

1.       Di dalam bekas adunan, masukkan mentega dan gula halus, pukul hingga kembang. 
2.       Selepas itu, masukkan telur dan esen vanila. Pukul sehingga sebati. 
3.       Masukkan keju cheddar yang sudah diparut halus. Ratakan.
4.       Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul hingga sebati. 
5.       Bila telah sebati, canaikan adunan dan terapkan mengikut acuan kesukaan anda.
6.       Sapukan kuning telur di atas biskut, taburkan sedikit keju parut dan bakar biskut sehingga masak di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 170°C selama 20-25 minit hingga menjadi kekuningan.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0