Bahan-bahannya:
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur ayam segar
1 sudu marjerin
1 sudu gula
Esen vanilla
Minyak untuk menggoreng
Cara-Cara Membuatnya:
1. Didihkan air.
2. Sementara itu, pukul
telur hingga kembang.
3. Apabila air telah mendidih masukkan gula, esen dan juga marjerin. Kacau hingga larut.
4. Padamkan.
Masukkan tepung, kacau dan gaul dengan cepat sehingga sebati.
5. Sebaik sebati, masukkan
telur dan kacau lagi dengan cepat hingga mesra dengan tepung tadi.
6. Dalam kuali, panaskan
minyak, masukkan adunan ke dalam acuan bintang dan picit terus ke dalam kuali,
potong setiap 2 inci.
7. Goreng sehingga kekuningan dan angkat. Taburkan
gula. Sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment