Bahan-bahannya:-
Untuk sos :
10 tangkai lada kering –rendam
air panas, ditos dan dilumatkan
2 siung bawang putih -
dilumatkan
1 cm halia - dilumatkan
1 sudu kecil garam
2 sudu gula
2 sudu gula melaka
½ cawan kacang tanah (goreng
tanpa minyak dan dilumatkan separa halus)
Untuk cucur :
1kg tepung gandum
300 gram udang basah (saiz
kecil / sederhana)
2 pokok daun bawang (potong
kecil-kecil)
500 gram taugeh
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
½ sudu kecil serbuk kunyit
Air secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng.
Cara-cara Membuatnya:-
Untuk sos cucur udang:
1. Satukan
semua bahan kecuali kacang tanah di dalam periuk. Reneh dan kacau sehingga gula
larut. Biarkan mendidih seketika.
2. Masukkan
kacang tanah. Tutup api dan ketepikan.
Untuk cucur :
1. Campurkan
kesemua bahan kecuali udang dan minyak masak di dalam mangkuk. Bancuh pekat
dengan air yang mencukupi. Biarkan selama 1 jam.
2. Sementara
itu panaskan minyak di dalam kuali.
3. Gunakan
senduk separa bulat sebagai acuan, ceduk adunan, letak 1 atau 2 ekor udang
basah di atas adunan, biar tenggelam sikit. Masukkan ke dalam minyak panas satu
persatu. Goreng sehingga keemasan. Angkat dan tos.
4. Hidang
bersama sos. Siap untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment