Bahan-bahannya:-
Bahan Inti:
1 kg kentang/keledek - dipotong
dadu
600 gram bawang besar - dipotong
dadu
800 gram daging lembu/ayam - dipotong
dadu
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah - Tumbuk lumat
4 siung bawang putih
1 inci halia
1 sudu jintan manis
1 bungkus serbuk kari
¾ cawan minyak masak
1 batang kulit kayu manis
3 sudu gula
1 sudu garam
½ sudu kecil serbuk perisa -jika
mahu
700 ml air
Bahan doh:
1 kg tepung gandum - diayak
1 sudu garam
¾ buku lepa susu
2 biji telur ayam segar
1 cawan ais
500 ml air
Minyak masak - untuk
menggoreng
Cara-Cara Membuatnya:-
Untuk Inti :
1. Panaskan minyak. Tumis kulit kayu manis hingga
kembang, masukkan bahan tumbuk dan goreng hingga garing. Masukkan serbuk kari
dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal.
2. Masukkan daging/ayam dan gaul sebati. Masukkan
garam dan serbuk perasa, air dan kentang /keledek. Biarkan mendidih hingga agak
kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.
Untuk Kulit :
1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk.Gaulkan bersama
air, garam dan ais.
2. Sementara itu gaul tepung dan telur hingga jadi
serbuk roti. Panaskan lepa susu atas api kecil hingga bebuih dan tuang rata-rata
atas tepung tadi. Gaul dengan hujung jari hingga menjadi serbuk roti. Masukkan
air ais bergaram sedikit demi sedikit dan gaul hingga jadi doh. Rehatkan ½ jam.
3. Ambil
sedikit doh, canai nipis 2 mm tebal atas landasan bertepung dan isikan 1 sudu
inti, tutup dan kelim kemas-kemas / gunakan acu karipap untuk menutupnya dan elakkan
bocor sewaktu menggoreng. Ulangi proses yang sama hingga habis.
4. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali
dengan api yang perlahan.
5. Goreng karipap hingga kuning keemasan. Angkat
dan tos. Siap untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment